Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Selamat Hari Raya

CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI BESERTA KHUTBAH RINGKAS DI RUMAH

BERAYA BERPADA - PADA, SOP JANGAN DILUPA

Perkara- perkara sunat Menyambut Aidilfitri - Siri 8

Zakat Fitrah - Siri 7

Lailatul Qadr -Siri 6

10 malam terakhir - Siri 5

Peristiwa Nuzul Al Quran - Siri 4

Assalammualaikum dan salam Ramadan.      Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah SAW dan berterusan secara berperingkat selama 23 tahun hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad SAW berusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M, sewaktu Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira.      Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaan. Justeru peristiwa Nuzul Al-Quran memberi makna yang amat besar kepada umat Islam di sepanjang zaman.      Al-Quran adalah sumber hidayah, rahmat, syifa’ (penawar) dan pemberi penjelasan kepada manusia. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur (cahaya) yang menerangi dan Al-Furqan (yang dapat membezakan) di antara yang hak dan batil, Firman Allah SWT dalam sur

Pengisian Bulan Ramadhan : Ibadat-ibadat Pada Bulan Ramadhan- Siri 3

Terdapat 12 langkah untuk kita meraih pahala secara maksimum pada bulan ini, iaitu: 1. Memperbanyakkan solat sunat. Pada bulan Ramadhan, solat sunat adalah sama nilainya dengan solat fardu. Manakala solat fardu adalah sama nilainya dengan 70 kali solat fardu pada bulan yang lain. Solat sunat rawatib adalah solat yang sentiasa dijaga pelaksanaannya oleh Rasulullah s.a.w. Ia berjumlah 12 rakaat sehari semalam iaitu: Dua rakaat sebelum subuh, empat rakaat sebelum zuhur, dua rakaat selepas zuhur, dua rakaat sebelum asar dan dua rakaat selepas maghrib. Berkenaan dengan pahala solat sunat, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang solat dalam satu malam 12 rakaat, selain solat wajib, dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga." - Hadis riwayat Muslim 2. Meningkatkan kualiti puasa. Imam Ghazali dalam kitabnya, Ihya Ulumuddin membahagikan puasa kepada tiga peringkat iaitu: Pertama : Puasa Awam (عوام), iaitu menahan makan, minum dan syahwat pada siang